Friday, November 19, 2010

BERITA TERKINI TENTANG KUCING2 DI PUSAT JAGAAN MPJ YANG TERBIAR...

INI BERITA TERKINI TENTANG KUCING2 DI PUSAT JAGAAN MPJ YANG TERBIAR...

ALHAMDULILLAH... SYUKUR KE HADRAT ILAHI KUCG2 DI PUSAT JAGAAN 2 DAH DAPAT MAKANAN & SANGKAR MEREKA PON TELAH DIBERSIHKAN DARI NAJIS & BANGKAI SAUDARA2 MEREKA.. 8 DARI KUCING2 TU MATI, XDAPAT DIPASTIKAN SEBAB KEBULURAN ATAU PENYAKIT..

TAPI APE YANG PENTING, SEMUA DAH TERJAGA SEKARANG NI DARI SEBELUM NI..
KAU PERMUDAHKANLAH KEHIDUPAN MEREKA2 YANG MEMBANTU UNTUK MENDAPATKAN KEBAJIKAN KUCING2 INI YA ALLAH... MULIA SUNGGUH HATI MEREKA... 
=')
DI COPY DARI BLOG SI TEDI

ISU PUSAT JAGAAN KUCING TERBIAR MPJ : KAMI BERTINDAK IKUT UNDANG-UNDANG BUKAN NAFSU AMARAH. LAPAN EKOR KUCING MATI TERMASUK KESAYANGAN SAYA! REDHA!

Kadang-kadang kita selalu rasa diri kita betul dan orang lain salah. Tolong komen dengan cara yang berhemah kerana kita juga manusia yang tidak dapat lari dari berbuat silap. Tolong jangan bercakap besar macam kau tahu semua dan orang lain hanya tahu cakap. Kami boleh buat ikut suka kami. Pecah dan ceroboh tapi kami memilih saluran undang-undang agar perkara ini dapat di atasi dengan baik kerana aku sedar aku seorang rakyat Malaysi yang cintakan keamanan. Tolonglah! Walau marah, geram atau sakit hati macam mana sekalipun, bertindaklah menggunakan akal yang waras tanpa hasutan syaitan. Kerana ianya melibatkan kesejahteraan jangka masa panjang.

Pagi 16 November 2010. 

Hati terasa malas untuk bekerja kerana semalaman asyik terfikir dan terbayangkan 3 bangkai kucing yang di hurung lalat sehinggat terbawa-bawa dalam mimpi. Kebetulan pula perut terasa sakit akibat cirit-birit. 

Seawal 8.45 pagi aku sudah terpacak di halaman Pusat Jagaan Kucing Terbiar MPJ yang jaraknya dari rumah dalam 17km. Oh Tuhan! Bangkai masih ada. Tapi.... Kucing kesayangan aku?? Dia sudah berehat dengan tenang bersama rakan-rakan yang lain. =(( baru semalam aku menguit-nguit kepalanya hari ini dia sudah terperosok di bawah pangkin bersama seekor lagi kucing yang baru mati. Menjadikan 5 ekor di ruang belakang premis. 

Photobucket 

Bangkai dua ekor yang baru mati di bawah pangkin. Kucing yang di atas ada potensi untuk menjadi mangsa korban seterusnya. =(( 

Apa yang perlu aku lakukan? Berdiam diri? 

Dalam 1 jam aku di situ mengharapkan keajaiban agar ada petugas akan datang, tapi sayang tiada. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan aku berfikir lama, membuatkan aku mengambil keputusan berpatah balik dan menuju ke klinik terlebih dahulu. 

Di takdirkan Allah Sha dan Eena pemilik kittyworld menghantar mesej dan mengajak aku ke sana bersama-sama. 'Kita bukalah dengan apa cara sekali pun.' 

Kami bertiga dengan pelbagai kelengkapan seperti penyodok, ketuk besi, plastik, makanan dan minuman kucing menuju ke PJKT dan mendapati keadaan masih sama. Perlukah di pecahkan kunci mangga ini? Perlukah? Tidak salahkah? Tidak di dakwa? Setelah berfikir panjang adalah lebih baik kami mengikut saluran undang-undang bukan mengikut nafsu amarah. 

Aku menelefon sekali lagi ke MPJ. En. Wan pegawai yang aku 'serang' semalam tiada. Minta pula bercakap dengan Mr. Ong, Ketua Unitnya. Juga tiada. Jam hampir 1.00 petang. Mungkin mereka sudah keluar. 

Rancangan kedua? Membuat aduan di Balai Bomba. Meminta bantuan untuk memecahkan kunci mangga dan pintu. Walaupun rasanya agak mustahil sebab ianya semacam menceroboh, kami cuba juga. Memandu ke Balai Bomba Jasin dan meluahkan masalah. Penerangannya kami dengar dengan teliti. Ada betulnya. Premis itu bertuan. Jika mahu pecah pun biarlah tuannya ada sekali jika tidak kita akan di caj sebagai penceroboh. 

Aku masih mahu menjaga status aku sebagai kakitangan awam dan ingin sekali mengelakkan diri dari melakukan aktiviti yang melanggar perjanjian aku dengan Kerajaan Malaysia. Kami patut ikut saluran yang betul. Kami mengambil keputusan untuk ke MPJ semula selepas waktu rehat ini. 

Tepat jam 2.00 petang kami ke MPJ. Syukur, semuanya ada. Di sini seisi meluah ketidakpuasan bermula. Dari sini jugalah baru kami tahu petugas yang di arahkan menjaga PJKT itu BUKAN di kalangan kakitangan MPJ. Dia di lantik oleh badan NGO yang di amanahkan untuk menjaga pusat itu. Maka En Wan telah mengkelentong aku bila mana dia katakan pegawai itu berkursus! Binawe!! Dia juga tidak menyampaikan aduan aku semalam kepada ketuanya. Binawe kali kedua! Staff yang mengambil mudah aduan yang di buat. Dia fikir aku main-main bila kali pertama aku datang 'serang' dia. Dia fikir aku tidak akan buat tindakan susulan. Dia fikir aku akan terus diam bila tiada tindakan. What the fish En Wan? Jangan jadi kakitangan awam kalau malas untuk bekerja dan bertindak. Jangan makan hasil haram!

Kami berpatah semula ke PJKT setelah petugas yang menjaganya berjanji untuk datang. 

Kami tunggu dan terus tunggu. Adalah dalam 30 minit. Tidak muncul-muncul. Yang muncul adalah Mr. Ong Ketua Unit Perkhidmatan Bandar MPJ bersama pegawainya. 

Photobucket 

'Yo yo oooOo jolah korang!!' Kalau tiada aduan tiadalah kamu semua terpacak di sinikan? 

Photobucket 

Dia paling aktif. =)) Tapi mungkin juga terlalu lapar. Bekas makanan dan minumannya kering betul! 

Tunggu lagi En. Azani, orang yang di pertanggungjawabkan untuk menjaga kucing-kucing ini. Nah! Itu dia sampai dan sebelum itu satu lori barang-barang di angkut sama. Beliau ingin terus berpindah masuk ke rumah di sebelah pusat ini. 

Maaflah, gambar beliau tidak sempat di ambil sebab dia datang sahaja aku sudah serbu dia macam wartawan yang tidak bertauliah! Mengasak dia dengan beberapa soalan dan dia terkebil-kebil sahaja. 

Cepat!! Cepat!! Buka pintu kami mahu masuk!! 

Photobucket 

Oh Tuhan! Anak-anak comel ini kelaparan. Dalam pusat ini baunya jangan cakap. Sampai sudah lali hidung aku! Najis bersepah-sepah. Air kencing mereka juga merata-rata. Keadaan amat daif! 

Photobucket 

Nampak kotak itu. Di dalamnya ada 3 ekor anak kucing yang mana 2 daripadanya sudah mati. =(( menjadikan 7 setakat ini. Satu lagi mati di dalam 'litter box.' Tidak tinggal apa-apa cuma ulat yang menguit-nguit. =(( Aku simpulkan 8 ke semuanya. 

Photobucket 

Photobucket 

Ini anak kucing yang panjang umurnya. Usia belum sampai sebulan rasanya. Mata sudah terbuka. Tapi di abai oleh ibunya. 

Photobucket 

Ini sebahagiannya. Banyak betul anak kucing kurus dan kecil sahaja. Hari sudah agak lewat, kami hanya sempat membantu membasuh bekas makanan kucing dan menggantikan makanan dan minuman yang baru. Sha dan Eena bawa satu balang 'blackwood'. Mereka makan kenduri beramai-ramai. 

Photobucket 

Sementara itu bahagian belakang sudah di kemas. Bangkai kucing sudah di angkat. 

Photobucket 

Di masukkan ke dalam guni. Berkali-kali aku pesankan, tolong tanam bangkai ini, jangan buang! 

Kami masih lagi mengulang-ulang perkara yang sama, tolong jaga kebajikan kucing-kucing ini. jaga keselesaan mereka. Jaga kebersihan. Makan minum. Persekitaran. Encik Azani mengangguk dan aku simpulkan itu sebagai satu janji yang perlu di kota. 

InsyaAllah, ini bukan penamatnya. Ini satu permulaan. Aku akan selalu menjenguk ke situ. Memerhati mereka agar mereka mendapat layanan yang sempurna. 

Photobucket 

Sayu betul untuk meninggalkan mereka. Antara kami memang sebak hingga menitis airmata. InsyaAllah kami akan datang lagi. 

Di harap segala cacian, makian, carutan dan hinaan berakhir di sini. Jangan pentingkan diri sendiri. Jangan menunding jari. Kesilapan itu boleh di baiki namun makian dan cercaan kita kepada mereka yang di pertanggungjawabkan tidak akan merubah apa-apa melainkan kepuasan sementara. 

Aku menjalankan tanggungjawab sebagai sesama makhluk di muka bumi ini. Syukur kerana mendapat sahabat-sahabat yang sama-sama merasai penderitaan mereka. Segala komen-komen yang di terima sama ada negatif atau positif aku baca dengan hati yang terbuka. 

Aku harapkan sesiapa yang mengambil 'entry' yang lepas dan sebarkannya, sila ambil 'entry' ini juga kerana ini adalah jawapan segala makian dan cercaan yang telah di lemparkan. 

Alhamdulillah. Sujud syukur. 

Berkat Aidiladha.... 

Pulang ke rumah dengan perasaan yang puas. Mencari Dak Oghen dan Dak Tom lantas memeluk mereka erat. 

'Kamu berdua kucing jalanan yang amat-amat bertuah......' 

Nota kakitanganku : Dan Allah juga yang Maha adil dan lagi bijaksana.... 

No comments :

Post a Comment

CommenT Here guys~~

~Tabung FurKids~