Thursday, December 2, 2010

sekadar picisan, berkongsi cerita..

assalamualaikum..

kali ni aku nak bercerita bukan pasal kucing, tapi tentang seorang OKU yang gigih meneruskan kehidupan beliau tanpa meminta sedekah atau mengharapkan ihsan dari orang lain..

aku lupa pulak nak bertanyakan nama dia tadi, tapi kadang2 bila berkesempatan memang aku akan bertegur sapa dengan beliau.. bagi aku, beliau cukup gagah.. gagah menghadapi apa yang manusia sekeliling beliau seperti aku, takkan mampu hadapi...

beliau selalunya ada di stesen LRT masjid jamek arah ampang/sri petaling.. berkerusi roda, ada bakul yg penuh dengan kerepek yang siap dibungkus untuk dijual.. kalau dilihat dari mata kasar, beliau nampak tidak bermaya..
tapi dalam diri beliau, aku dapat rasa satu kekuatan yang memang tak ada dalam diri aku sendiri pun.
sekadar gambar hiasan
 kebetulan tadi aku ternampak ada dua lelaki muda mengacah-acah satu sama lain macam nak bergaduh, betul2 di belakang beliau. beliau cuba untuk bergerak pergi dari tempat tu. muka beliau dah pucat. aku pergi ke arah beliau, beliau terus mengadu, "ada orang nak gaduh.saya takut la. kalau orang nak gaduh, hati saya ni berdegup kencang. saya takut" kesian beliau.. memandangkan lelaki tadi dah tiada, aku cuba bersembang dengan beliau.. sambil2 tu, aku menyeluk beg, aku tak ada duit kecil, jadi aku kutip semua syiling yang aku ada dalam beg & dompet aku untuk disedekahkan pada beliau.. apa yang keluar dari mulut beliau "saya doakan akak aman dunia akhirat, di murahkan rezeki & diberkati Allah".. aku senyum.. memang ungkapan itu yang selalu keluar dari mulut beliau tiap kali ada orang menghulurkan sedekah atau membeli kerepek beliau..

terdetik aku nak bertanya, "awak ni dari mana sebenarnya?" dan tak pernah aku terfikir nak menyangkal beliau mencari rezeki kat situ.. beliau menjawab "kenapa? awak ingat saya nak mintak duit ke?" dengan nada yang sayu.. Ya Allah... xpernah aku terfikir soalan aku akan membuat hati beliau terguris.. cepat2 aku sangkal "bukan macam tu maksud saya, saya cuma tanya.. sebab hari2 saya tengok awak ade dekat sini.. saya cuma tanya asal awak.. rumah awak dekat mana..". beliau jawab "ramai yang ingat saya ni nak mintak duit orang..nak mintak sedekah. tak akak.. saya usaha, sebab tu saya jual kerepek2 ni. rumah saya dekat sungai buloh kak" satu je yang ada dalam fikiran aku masa tu. JAUHNYA... aku tanya lagi, "macam mana awak datang sini?" aku sangka mungkin ada orang yang selalu menumpangkan dia ke sini, tapi tak.. "naik tren lah akak" jawabnya.. Ya Allah... tabahnya kau menghadapi semua ni...

lepas je beliau bagitahu aku cara beliau datang ke KL ni, beliau sambung lagi cerita.. katanya "akak, saya ni mak ayah dah tak ada.. adik beradik saya semua perempuan & semua dah berkahwin, tak kan saya nak kacau rumah tangga diorang pulak.. lagipun mak saya selalu bisik dekat telinga saya masa saya kecil, 'kalau mak & ayah dah tak ada nanti, usaha sehabis boleh untuk dapat kan apa2. jangan mengharapkan berian orang je.' sebab tu lah saya usaha semua ni akak. saya ingat kata2 mak saya. kalau akak nak hidup aman di dunia & akhirat, jangan sesekali lupakan ibu & ayah akak. hormat diorang, dengar cakap diorang. insyaAllah berkat hidup akak" 

subhanallah... tersentuhnya hati aku mendengar nasihat beliau.. murni nya jiwa kau wahai pemuda.. kau tak sempurna pada mata manusia lain, tapi jiwa kau lebih suci & tulus dari jiwa aku.. dari jiwa manusia2 yang sempurna dari kau.. insyaAllah, selagi aku mampu akan aku bantu mana yang boleh.. semoga hidup kau dipermudahkan oleh Yang Maha Esa..  =')
kat dalam bulatan tu lah dia selalu ada..
-gmbr diambil dari internet-
P/S>> maaf lah, aku xberani nak tangkap gambar dia. takot ape pulak yang dia fikir nanti tapi memang dia selalu ada dekat stesen LRT masjid jamek ke arah ampang/sri petaling. siapa yang selalu lalu situ, mesti perasan.

3 comments :

  1. mmg tersentuh baca

    tabah dan redha dia mengharungi hidup sehari-hari, sesuatu yg boleh kita contohi :)

    ReplyDelete
  2. Memang terharukan tengok mereka ini berusaha. Rasanya, mrk ini lebih mulia dr insan yg duduk bertali leher dibilik berair-cond. Smg Tuhan murahkan rezeki mrk...

    ReplyDelete
  3. MM: tu lah.. kite yang alhamdulillah ckup sifat ni selalu cepat nak ptus asa.. baru susah sikit.. bayangkan kesusahan yang die hadapi.. Ya Allah.. tabah nye die....

    kak ros: yup akak.. sy bersembang dgn die pon sy rsa sejuk je hati.. semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan die & kite semua.. amin

    ReplyDelete

CommenT Here guys~~

~Tabung FurKids~