Wednesday, April 29, 2015

Wordless Wednesday.. (Lucca & Momo)


Dentist.. oh Dentist...

Assalamualaikum & selamat pagi..
fuhh.. hari ni aku ada appointment dengan Dentist. 
kalau ikutkan hati aku tak nak pergi.
aku memang ada masalah sikit la dengan dentist, tak tau kenapa.
padahal masa kecik aku ingat lagi mama memang selalu je hantar aku pegi Pusat Latihan Pergigian masa aku dok Penang dulu. dapat rawatan free tapi kan sebenarnya jadi tikus putih untuk nurse² pergigian ni jalankan amali diorang. setiap berapa bulan tah mesti pegi. tapi masa tu sumpah tak heran pun. tak de rasa takut atau cuak sikit pun.


sampai la masa aku darjah 3 ke darjah 4 macam tu. aku pergi klinik gigi area rumah aku kat Lebuh Pantai, kena cabut gigi. aku tak ingat banyak mana gigi yang aku kena cabut, tapi yang paling aku ingat masa doktor tu cucuk gusi aku. mak aiii.. rasa nak terajang je doktor tu. sakit nak mampus woi!

start dari tu aku jadi alergik dengan perkataan dentist ni. dengar bunyi drill gigi pun aku dah ngilu² weh.

2-3 tahun lepas aku ade jugak pegi dentist buat root canal kat dentist area Maluri ni. tapi tu pun sebab aku betul² dah tak tahan sakit gigi ni. serius aku takut sangat masa doktor tu masukkan syringe untuk injek gusi aku. aku dah genggam kerusi kaw² dah. lepas tu tiba² je doktor tu kata "DAH". aku macam, "eh, dah cucuk ke doktor?" die senyum je cakap dah cucuk dah. tak sakit kan. baru aku ingat, sebelum injek tu doktor ada calit macam gel perisa berry kat gusi aku, gel tu rupanya nak bagi kebas tempat injek. phewwww.... serius lega. rasa macam takut pada dentist tu ade kurang sikit la. plus, doktor gigi aku tu HENSEM hoi. haha


tapi harini, aku nak kena ke klinik gigi kerajaan sebab appointment dibuat oleh klinik ibu & anak yang aku pegi check-up tiap² bulan tu. aku seriau (risau) jugak. sebab biasala, kat Malaysia ni ramai yang double standardkan yang swasta dan kerajaan kan. kononnya yang swasta akan sungguh² buat kerja manakala yang kerajaan sambil lewa. (aku kerja gomen, so aku memang selalu dengar org ckp macam ni & aku tak setuju pon!). so nanti aku share pasal pengalaman aku kat klinik gigi gomen ni ye.

ya Allah.. kuat kan lah hati aku. takut weh. serius...
doakan aku
macam nak pergi perang daa
sayonara for now..
happy wednesday...

Monday, April 27, 2015

Persiapan yang tak siap²..

Assalamualaikum W.B.T..
minggu ni insyaAllah aku dah masuk 26w = 6 bulan setengah.
percaya atau tak aku masih dalam fasa percaya atau tidak. haha.. boleh tak macam tu?
walaupun aku dah rasa si budak kecik ni menendang dengan rancak nya dalam perut..
walaupun aku dah tengok ultrasound si budak kecik ni 2-3 kali...
walaupun badan aku cepat letih bila buat apa² kerja.. 
walaupun aku da terkejut beruk masa 1st time nampak stretch mark yang timbul kat perut aku ni (serius kelakar time ni)..
milkysmile
walaupun kadang² tengah elok berjalan tiba² perut mengeras...
walaupun...... berapa banyak walaupun daaa...
tapi ade jugak la aku beli barang sikit..
aku beli botol susu seketul sebab officemate cakap tak payah beli banyak² dulu.
 kadang² baby tak nak minum dari botol yang kite beli tu, so nak kena cari botol lain pulak nanti. kalau baby dah comfortable dengan botol tu, baru beli lebih sikit. hehe.. 

 + 

beli botol susu ni haritu dapat  free soother steriliser + 2 soother untuk newborn. good bargain eyh? hehe. tu yang aku terus grab je tu.
pastu aku beli kain lampin sikit, nak buat lap muak ke lapik ke ape ke nanti kan.
lepas tu aku beli 1 set mandi baby dengan wet tissues 2 roll...

thank u Little Muachi & Me
for the photo.
pastu ape lagi tah. tapi serius memang SIKIT. 
sebenarnya aku macam blur lagi nak beli apa plus gaji bukannya banyak kan nak beli gedebuk semua sekali gus. so sekali beli sikit² la kan.
hujung minggu ni insyaAllah aku nak balik kampung 
yeayyy!!
milkysmile

so maybe sambung tengok barang² nak beli kat Kedah kot. senang.. tak sabar... tak sabar... 
Mama ada. Kak ipaq pun ada kot² nak tanya itu ini kan. 
kat KL ni aku sendiri² je google @ tanya kawan² barang apa nak beli, tu pun macam tak kompiden kan nak beli sendiri. memang ada family suami dekat, tapi akak² ipar tak kawen lagi. lepas tu malas nak susah MIL sebab die da penat jaga FIL yang tak sihat kan. so berdikari la sendiri... suami? memang die serah bulat² la kat aku... die temankan beli barang & hulur mana yang patut je ler...
memang banyak list keperluan baby newborn kat internet ni tapi ada yang kata tu tak perlu, ni mesti ada, pastu nanti lagi satu list kata ni tak payah, yang tu kena ada. naik confuse aku.
hahahaha.. so aku decide beli mana yang aku rasa betul² perlu dulu. heh..
dah la.. banyak pulak aku bebel. biasa la.. aku tak berapa nak share dengan orang sangat.. so aku share la dengan blog lapuk ni.. sobs~~
sekian!
have an awesome Monday peeps!

Tuesday, April 21, 2015

Elli? Markonah? hah?

Assalamualaikum!
aku jumpa budak ni kat stesen LRT Sungai Besi, sekor² tanggal 10 Januari 2013.
mula² memang niat aku nak bagi makan je, macam yang biasa aku buat kalau aku jumpa kucing² terbiar ni.
tapi hati ni macam berat sangat nak tinggal budak ni kat stesen LRT tu. tak tau kenapa.
masa tu bigboss yang ambil aku kat LRT, aku dengan berat hati tu tinggal jugak budak ni kat situ tapi kejap je la.
kereta da sekerat jalan nak sampai rumah (tak jauh dari LRT), aku mintak bigboss patah balik.
die tengok aku, aku ulang lagi suruh patah balik.
nasib baik bigboss ni kuat melayan aku. IloveU hahaha.
jadi die pon patah balik ke stesen LRT tu dan aku pun angkut la si budak ni balik rumah aku.



ni gambar malam aku bawak balik die tu.
nampak macam berisi kan, tapi sebenarnya kurus. die berisikan anak dalam perut je.
itu antara sebab utama aku nekad bawak die balik jugak.
manja sangat. suka cium muka kalau kite dekatkan muka kite dengan muka die.

aku cerita dekat kawan² SCRATCH aku pasal budak ni, aku risau aku tak mampu nak tanggung kos rawatan & penjagaan die masa tu, jadi aku fikir nak carikan fosterer lain.
jadi salah sorang kawan aku offer nak tolong foster kan.
aku biasa panggil die BangBo je. 
jadi nya 2-3 hari kemudian, si budak ni dah beralih ke tangan BangBo.



ni masa agak baru sampai rumah BangBo rasanya. masa ni die masih okay.
BangBo bagi nama budak ni Elli.
lepas tu ade BangBo nak pegi travel mane tah, die mintak ada sorang hamba Allah ni jagakan sementara die takde, balik je BangBo dari travel ni perangai Elli da lain.
Elli jadi tak manja, agresif.
tak suka di pegang, tak suka di usap. lain nya dari Elli yang aku kutip dulu.
sibuk nak melarikan diri dari rumah.


ni hidung die luka dalam cubaan melarikan diri melalui tingkap.
haih Elli.. Elli..
Tuhan je yang tau kenapa kau tiba² berubah kelaku.
lepas tu, BangBo tukar nama Elli ke Markonah.
kononnya macam kes baby² manusia la, nama berat so anak asyik nangis je kan.
jadi Elli dah bertukar ke Markonah.
ajaibnya, lepas tukar je nama Markonah, die dah makin okay.
kurang sikit meroyan nya tu.


lepas dari tu, si Markonah ni semakin cantik.
nak nama melayu jugak la rasa nya. hahaha

Markonah, MiHo & Jojo (anak Markonah - RIP).




macam kucing kacukan kan? padahal asalnya dari tepi jalan je.


biar gambar² ni  jadi bukti, kucing terbiar pun boleh jadi lagi cantik dari kucing² yang dibeli tapi tak terjaga.


bila dah lawa macam ni, post dekat wall for adoption bukan main berlumba² nak adopt.
tapi nak bagi ke? sorry la. tu hanya nak test market je.
biasa lah manusia kan tamak, nak yang cantik je.
BangBo dah jatuh cinta dengan Markonah dan bercadang nak adopt terus si Markonah ni.
aku tak boleh bayang kan adopter yang lebih baik dari BangBo.
aku tak menyesal sikit pun kutip die dulu tapi aku akan terus senyum sebab Markonah dah happy dengan Apark kesayangannya.

semoga Allah murahkan lagi rezeki BangBo.

p/s>> owh aku ade cakap si Markonah ni pregnant kan masa aku kutip die? nanti aku cerita pasal anak² die pulak bila aku rajin.


Monday, April 20, 2015

Sanggup ke korang nak potong kucing² ni??

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!
ehem²... mata tu bukak luas sikit...
confirm korang macam aku kan, layu je bangun nak pegi keje tadi.
meh aku tolong kurangkan Monday blues korang...

sekarang kek dah boleh buat macam² bentuk kan?
geram kadang², dilema antara nak makan atau nak simpan.
hahaha.. boleh macam tu?
well.. for animal lover macam aku ni kan, semua kek yang ada rupa binatang aku sayang nak makan.
tapi yang paling aku sayang nak makan kalau kek gambar kucing la.


  kalau yang jenis macam ni aku okay lagi la.
tapi tu pon mesti aku tangkap gambar puas² dulu baru ngap.
tapi kalau macam ni........



 macam mana nak potong kek macam ni?


lagi la tak sanggup oiii...
waaaaaaaaaa....


aaaa... tak sampai hati nak potong..
macam nak buat kekejaman terhadap haiwan je.

 haaaaa.... yang last ni aku confirm takde siapa pun yang nak makan!





isyyhh... uwekk... tengok pun aku da boleh kenang bau litter tray kat rumah aku.
hahahahaha

Thursday, April 9, 2015

blog bersarang.. sobs..

Assalamualaikum..
Lama sangat dah aku tak jengukkan blog ni.. last post July 2013?? pengsan
hmmm... entah la.. banyak sebenarnya yang nak diluah, yang nak dikongsi..
tapi tak terluah dengan kata-kata.. even dengan kawan-kawan rapat pun aku tak berapa nak cerita..
bukan tak nak kongsi, tapi aku rasa masalah diorang lagi besar kot dari masalah aku.


Alhamdulillah. aku dah pun selamat disatukan dengan si dia yang aku kenal dari 2008 pada 24 Oktober 2014. dan harini cukup aku 23 minggu hamil.. lagi 17 minggu lagi untuk diharungi.. risau jugak sebenarnya, bersedia ke aku nak jadi mak ni? cukup ke pendapatan kami suami isteri nak tambah sorang lagi tanggungan? tapi aku yakin. yakin akan rezeki yang akan Allah beri (insyaAllah).. ada alasan untuk aku lebih berusaha lagi lepas ni, ada alasan untuk aku dan suami untuk lebih rajin lepas ni. semuanya bergantung pada diri sendiri kan? syukur sangat selama mengandung ni memang tak ada langsung alahan atau morning sickness. tak rasa macam mengandung pun kadang-kadang. cuma bila dah masuk 2nd trimester ni je emosi tunggang terbalik sikit tambah-tambah lepas dapat tau berita yang tak best dari kampung.


tahun ni  family aku dapat tahu mama tak sihat. sekarang mama dalam rawatan radioterapi. pertengahan bulan Mei ni mama nak kena buat radioiodin pulak. sebab tu apa jadi pun aku kena balik jugak awal bulan depan, sebelum mama start buat radioiodin. kenapa? sebab pesakit yang mendapatkan rawatan radioiodin tak boleh ada perhubungan secara langsung semasa rawatan & seminggu selepas rawatan dengan manusia lain. even doktor & nurse yang merawat pun kena pakai sut khas kalau nak approach diorang. untuk perempuan mengandung, kanak-kanak lagi lah tak digalakkan dekat, takut radioaktif tu memberi kesan pada tumbesaran diorang. mulanya mama tak bagi aku balik mei, sebab sepatutnya rawatan mama mula pertengahan april. mama suruh aku balik masa nak bersalin nanti je, SubhanAllah. lambat lagi. aku tak mampu tunggu lama tu. masa mama bagitahu tarikh rawatan dah ubah ke pertengahan mei, lega rasa. serius lega.

rasanya tu je kot buat masa ni. ada kerja yang kena diselesaikan.
lepas tu nak study sikit. esok final exam paper statistik.
doakan aku boleh menjawab ye esok. bye~



~Tabung FurKids~