Wednesday, January 20, 2016

Makanan Pertama Bayi (6 bulan)

Assalamualaikum.
start dari post ni, aku nak try compile kan resepi² Puree & makanan untuk bayi 6 bulan.
disebab kan anak aku pun dah nak 6 bulan, so compilation ni adalah untuk membantu diri aku sendiri jugak.
makanan yang paling sesuai untuk bayi yang baru pertama kali makan ialah buah buahan dan sayur sayuran.
kenapa buah & sayur? 
sebab buah & sayur lah makanan yang paling semulajadi dan berkhasiat untuk anak².
lagi pun buah buahan kan manis, susu ibu pun semula jadi manis.
insyaAllah, senang untuk baby terima buah tu masa rasa pertama kali.
yang penting, guna 4-DAYS RULE. 
4-days rule ni macam mana? macam ruler pembaris tu ke? haha
tak².. 4-days rule tu, bagi anak makan puree yang sama selama 4 hari berturut-turut. kalau takde alergik atau sebarang perubahan pada bayi, boleh move on ke buah/sayur seterusnya. 
kenapa kena guna 4-days rule pulak? 
supaya kite dapat kesan baby kite ada alergik pada mana² buah/sayur yang die makan atau tak.
ini contoh jadual untuk 4-days rule.


4 hari pertama, bagi puree epal, kalau dalam 4 hari tu, baby nampak normal, takde cirit atau tanda² alergi boleh tukar buah lain pulak.macam tu lah judak seterusnya....

untuk buah/sayur yang keras (macam epal, pir, brokoli, carrot dll.) sila steam kan dulu baru di blend atau di lenyekkan. air dari steam tu jangan la buang pulak, boleh guna masa blend & lenyek.
kenapa steam pulak? rebus je kan senang?
bila buah/sayur di steam, khasiat & nutrien pada buah/sayur tu tak terjejas sangat.
tapi kalau rebus, nutrien & khasiat dari buah/sayur tu hilang lebih banyak. 
baby akan minum susu macam biasa tau. jangan nanti die dah makan ko pegi kurangkan pulak bekal susu die ke pengasuh. kesian budak tu nanti. huhu

Ini antara makanan pertama yang kite boleh bagi kat baby.


Bila dah sampai umur 7 bulan dan baby okay dengan puree, boleh mula bagi bubur nasi kosong. 

sila elakkan produk tenusu (susah digest), telur (salmonella), makanan laut, kekacang (risiko alergi teruk), buah buahan citrus (pedih perut anak nanti) dan MADU (mengandungi Clostridium botulinum yang boleh menjadi racun pada bayibawah 2 tahun).

nanti aku sambung lagi dengan resepi puree pulak ye. 
kalau ada benda korang nak tanya, tanya la. boleh aku menimba ilmu jugak mana yang terlepas pandang.
adios~

No comments :

Post a Comment

CommenT Here guys~~

~Tabung FurKids~